
Hye Hye Hye !
Hari ni aku nak mengepos tentang mamatok a.k.a nenek aku. Aku nak tolong dia sesuatu. Sebenarnya dah lama mamatok aku suruh aku tolong dia. Dia nak aku tolong dia jual bunga orkid secara online. Aku siap log in dalam mudah.my tuuu... Demi mamatok aku tercinta. :*
Nama bunga orkid ni mamatok aku kasi letak nama Bunga Orkid Harimau Belang. Cantik tak nama dia? Tapi bila aku search di internet sebenarnya nama bunga ni The Giant Orkid. *sorry kalau salah letak information* Bunga ini aku tengok agak cantik lah. Sesiapa yang minat berkebun bunga especially tanam bunga orkid memang terpegun habis lah gua cakap sama lu kawan!
Mamatok aku tanam bunga ni sudah hampir 2 tahun lebih. *lama tuuu* Jadi bunga ni membesar perrr besar dari aku kowt. Ada yang sudah berbunga. Cantik sangat! Jadi aku sebagai photographer tak bertauliah meng snap dari pelbagai sudut gambar bunga orkid ni. Jom kita usha sikit gambar dia.
Cantikkan orkid nih?? So apa lagi. Kalau korang berminat atau korang punya mak atau ayah atau pakcik makcik atau kawan atau jiran sebelah atau roomate korang atau siapa2 yang korang kenal yang sangat berminat pada bunga orkid nih and nak membelinya, comment lah disini. InsyaAllah servis anda akan dilayan dengan segera. Hehehe. Pertolongan anda untuk menghebah kan berita ini amat dihargai. :)
MeHeartYou <3