Monday, 13 August 2012

Tolong Nenek Ku


Hye Hye Hye !

Hari ni aku nak mengepos tentang mamatok a.k.a nenek aku. Aku nak tolong dia sesuatu. Sebenarnya dah lama mamatok aku suruh aku tolong dia. Dia nak aku tolong dia jual bunga orkid secara online. Aku siap log in dalam mudah.my tuuu... Demi mamatok aku tercinta. :*

Nama bunga orkid ni mamatok aku kasi letak nama Bunga Orkid Harimau Belang. Cantik tak nama dia? Tapi bila aku search di internet sebenarnya nama bunga ni The Giant Orkid. *sorry kalau salah letak information*   Bunga ini aku tengok agak cantik lah. Sesiapa yang minat berkebun bunga especially tanam bunga orkid memang terpegun habis lah gua cakap sama lu kawan!

Mamatok aku tanam bunga ni sudah hampir 2 tahun lebih. *lama tuuu* Jadi bunga ni membesar perrr besar dari aku kowt. Ada yang sudah berbunga. Cantik sangat! Jadi aku sebagai photographer tak bertauliah meng snap dari pelbagai sudut gambar bunga orkid ni. Jom kita usha sikit gambar dia.






Cantikkan orkid nih?? So apa lagi. Kalau korang berminat atau korang punya mak atau ayah atau pakcik makcik atau kawan atau jiran sebelah atau roomate korang atau siapa2 yang korang kenal yang sangat berminat pada bunga orkid nih and nak membelinya, comment lah disini. InsyaAllah servis anda akan dilayan dengan segera. Hehehe. Pertolongan anda untuk menghebah kan berita ini amat dihargai. :)

MeHeartYou <3 






Dah baca ? Okay bye XD

Saturday, 11 August 2012

Tawaran melanjutkan pengajian in Degree


Assalamualaikum n hai hai !

Firstly, I would like to thank you Allah for give me a chance to continue my study in degree. :) . aiceceh, speaking lak. Pada 13 Julai 2012 adalah tarikh result UPU keluar. Korang taw kan apa tuh upu? hee. Sebenarnya aku lepasan Penang Matriculation College 2011/2012. *nak cerita kew pasal matric dulu? nantilah*

 Jadi selama 2 bulan lebih aku bercuti, result pun nak keluar. Dalam sebulan or 3 weeks before result keluar tu, hati rasa berdebar lain macam. Yela... Result CGPA dulu tak memberansangkan. So cuak la bila dengar result nak keluar. Siap bawa ke mimpi. Macam2 story ada dalam mimpi tuh. >.<

Keesokan result nak keluar, memang tak boleh tidur gua cakap lu baii ~ Cuak habis! Sakit perut. Melepas banyak kali kowt.. Oppss~ HEE. Apa2 pun kena tidur jugak. Aku paksa diri biar lelap. Esok pagi bangun sembahyang subuh doa biar dapat good news. Takuttt! Memandangkan result keluar pukul 12 tengah hari, tidur balik lah jawapnya.. HAHAHA :D. *tido je keja*

Tepat pukul 11pagi, alarm aku bunyi. Saja aku set pukul 11. Kira nak get ready tuh boleh ambil masa sejam. huhu. Aku sedar je terus bukak twitter. Perrr ramai kowt dok wish congrats dapat situ, congrats dapat sini. Aku macam mana?? Macam mana kalau aku tak dapat??? Sedih kowt!

Then, aku memberanikan diri buka laman web upu. Hati sudah berdebar2. Tangan sudah sejuk. Perut sudah kruutt kreett. Arghhh!! Dengan Bismillahirrahmanirrahim aku tekan enter. SUBHANALLAH! Aku dapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn dengan Sarjana Muda Sains Komputer(Teknologi Web) dengan Kepujian. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah. :'). Ini dia tawarannya.


*happy woowooowoo*

So, ini bermakna aku bakal menjadi UTHMian! HEHE. Tak sabar woo nak study balik, nak sakit kepala balik, pecah otak nak mentelaah balik, nak tido je keja, nak pergi outing, nak...nak...macam2 nak lah! Yuhuu! Jauh tempat aku nak study. Dulu Penang, yang bakal nanti Johor. OMG~ Takpalah, asalkan niat ada semangat nak sambung belajar dan suatu hari nanti dapat kerja elok. InsyaAllah.

At the end, UTHM ! HERE I COME!!! WAIT FOR ME YAWW~ ^^

Yana Ziadi <3



Dah baca ? Okay bye XD

Friday, 10 August 2012

Identity Card

Il_570xn-2661894471_large

Hye bloggie ~ Hari ini aku pergi ambil new identity card @ ic. Aku pergi memperbaharukan ic aku. Dari zaman umur 12 tahun lagi pakai. So time to change!! Ic lama aku still cantik and comel lagi. Boleh pakai lagi chip dia.. Saja gedik sakan nak tukar baru. HEE :)

Untuk pengetahuan korang, ic baru nie dah ada 2 gambar aw. Satu gambar besar, satu gambar kecik. Cantik. Ketebalan kad pon nipis sikit. Sikit jew xdek beza sangat pom.. Yang paling aku suka sebab gambarnya elok. Nampak cantik jew aku dalam ic tuh. Aku nak tunjukkan ic aku tu, tapi aku fikir tak perlulah sebab ic kan benda privasy. Nanti kena ciplak dek orang jahat.. kan naya jadinya. So aku letakkan sample ic untuk korang tengok apa perbezaan ic lama dengan ic baru.


-IC lama-
*cumil tak ic Mr. Bean tuh. haha*


-IC baru-
*boleh baca penerangan dia tentang ic baru*

Ic itu semua adalah contoh semata2. :) . Yang ic Mr. Bean tuh time dok search, nampak muka dia. Terus terpikat. haahaha. Okay. Korang nampak perbezaan ic baru dan lama kan? Cantik ic baru kan? Agak2 masa akan datang macam mana pulak pattern dia an? Kita tunggu dan lihat jelah.

Oh lupa! Proses siapkan ic nih cuma ambil masa seminggu je. Tapi kalau korang buad ic di Putrajaya, kawan aku cakap 3 hari dah siap. Cepat gilakan?? Apa2 pun aku dah pakai ic baru~~ Korang ada?? haha.

BYE !



Dah baca ? Okay bye XD

Wednesday, 8 August 2012

Sakit Hati !

387059_10151044524154230_551593016_n_large

Assalamualaikum kawan !

Koma nak dengaq dok cerita den. HUH! Kepanasan tahap dewa! Berjam aku nak hilangkan benda alah nie.. Bagi aku sakit jiwa tau dak. Korang tau kew apa benda yang buat aku sakit hati nih?? Nie haaaa~ Meh kita terjah.------------>
.
.
.
.
.
.

Benda nih ah yang menyusahkan aku seharian nie. Korang tahu ke apa benda ni? Ini ialah freemake toolbar. Menyesal aku download benda ni. Disebabkan benda ni, aku nak bukak blog pon jadi terbantut. Kenapa? Sebab benda nih dah block atau dengan kata lain telah menutup tempat2 aku nak edit. Aishh susah heh nak ceritakan. Takpalah biar aku jew tau. Haha.

Aku sebenarnya nak install software yang boleh convert video. Then, aku tak perasan aku pergi tick save toolbar. Bila dah tercongok toolbar dekat kawasan tab tu menyerabutkan aku. Bila aku dah uninstall benda alah ni, still tak hilang2. Itu yang bikin gua PANAS!! Aku geledah satu lappy aku nie nak cari file install. Cari2 tak jumpa pon. Rasa macam fed up! Sampaikan 3 kali aku restart balik lappy ni takut2 mana lah tau dia hilangkan....

Rasa macam nak mencarut je. Nasib baik aku puasa. Sabar yana. FUUUU~ Fikir punya fikir. Last decision aku, aku nak uninstall Google Chrome. Berdoa bukan main mintak2 hilang toolbar ni.

Tengah install..............................................................................................................................................................

Siap install. Tekan Google. Huuu berdebar. Berdoa jup. Mintak2 hilang la.... Then,,,, YEAHHH !!! Hilang. At last~~~ So bijak lah aku. HAHAHA xD

Last but not least. Aku tak nak dah nak install benda ni. Takut aku careless lagi. Tak nak sakit2 hati nie. Tak suka. HEE~




P/s: Gambar atas sekali tu tak ada kena mengena dengan cerita aku pon. Sekadar gambar permulaan cerita. hehehe. Cantikkan mata dia? I like it. :)

Dah baca ? Okay bye XD

Selamat Datang


Assalamualaikum.

Apa khabar? *err aku tanya siapa tuh??*. Firstly, aku nak intro diri dulu lah as a new blogger. Aku Nur Liyana. Panggil yana la. Macam biasa lah takkan aini or fatin pulak. Itu bukan nama aku. HuHuHu. Dah start merepek. 

Sebenarnya aku bukan lah new blogger.. Itu aku main ayat jew. HAHA. Aku dulu pon dah ada blog. Tapi aku malas lah nak bukak lappy then karang ayat macam nak amik exam. #ek? Dulu zaman muda mudi. Masih malas. *maknanya sekarang rajin lah? haha* For my information, aku suka tengok blog2 orang nie. Cantik sangat. Jealous nyahh ~ Jadi aku terpikir2 lah nak buat blog sendiri. Tapi still malas lagi until now baru fikir.... time to blogging....

Seperti gambar di atas. I <3 Blogging? Hmmm.. Aku tak konfem lagi. Yang pasti blog nih untuk aku suka suki mencoretkan apa yang aku suka. Tentang kehidupan aku mungkin. My interested person, my crush, my enemy, my family, my everything lah senang. Tapi yang pasti NO POLITICS!

Aku punya karangan not excellent. So kalau ayat macam entah pape tuh perkara normal for me . HAHA XD. Insyallah aku akan merajinkan diri update pasal diriku. Biasanya aku suka online Facebook jew. Tak fb Twitter. Itulah kerja seharian aku sejak habis matric nih. hehehe

Macam2 aku nak berstory mory with you.. You know? Okay just waiting for my debut comeback. HAHAHA. entah apa2 an? ^^

Sincerely,
Miss Little Star a.k.a Cik Yana ^^



Dah baca ? Okay bye XD

COPYRIGHT@Segala Tulisan Yang Ada Hak Milik Kekal Tuan Rumah Belog Ini